Latar belakang dan keluaran Ah Yeah (EP)

Pada 4 Mac 2015, seorang wakil dari syarikat rakaman EXID bercakap kepada Star News bahawa kumpulan ini sedang bekerja terhadap sebuah lagu baru yang dijadual dikeluarkan semasa minggu kedua bulan April. Walau bagaimanapun pada ketika itu, ia belum diputuskan sama ada lagu ini akan dikeluarkan sebagai lagu single atau bersama sebuah album mini.[1][2] Pada 3 April, kulit album dan senarai lagu telah dibocorkan dalam talian, menyebabkan Yedang untuk mengeluarkan mesej pada hari berikutnya dimana mereka menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang jika pembocoran ini merosakkan kejayaan kemunculan kembali kumpulan ini.[3]

Kumpulan ini mengadakan persembahan pertunjukan di Dataran Noon, Myeongdong pada 12 April dimana mereka mempersembahkan lagu "Ah Yeah" kepada orang awam buat kali pertama.[4][5]

Setakat bulan Oktober 2015, album ini telah terjual hampir 41,000 salinan di Korea Selatan dan 7,000 salinan di Jepun.[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Ah Yeah (EP) http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/6... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2014/08/... http://daily.hankooki.com/lpage/entv/201501/dh2015... http://bntnews.hankyung.com/apps/news?popup=0&nid=... http://tenasia.hankyung.com/archives/411328 http://tenasia.hankyung.com/archives/412526 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.koreaboo.com/video/exid-wins-2nd-consec... http://www.koreadaily.com/news/read.asp?page=1&bra... http://www.koreadaily.com/news/read.asp?page=1&bra...